Sunday, January 31, 2010

Elak Daripada Widget Hilang

N3 nie saja utk peringatan aku saja ..korang pun bleh cilok

1. Gi kat Layout -> Edit HTML

2. Kemudian search widget2nya dulu kat bahagian Sidebar . Kalau ada widget2 ada kat Header ker, Main-Wrapper (Blog) ker atau Footer ker, copykan kesemuanya utk elakkan daripada hilang.


3. Contoh: Highlightkan dan copy semua widget2 dan letakkan dalam notepad untuk sementara macam gambar kat bawah:





4. Kemudian upload template baru, dan akan terpapar satu amaran seperti gambar di bawah:





5. Tips. Jangan klik Confirm & Save!

6. Kemudian cari balek dan pastekan balek widget2 yang disimpan dalam Notepad tadi di bawahnya.


7. Kemudian Save Template. Bukan Confirm and Save.

8. Jika ada widget2 id yang sama, tukarkan saja id yang lain. contoh: kalau dah ada widget ID HTML1, aku tukarkan kepada HTML2 atau HTML10 ker.. sebab widget2 ni kalau ada ID yang sama memang xbleh bersama.

9. Kesimpulannye, widget2 takkan hilang dan xperlu risau lagi setiap kali aku upload Template yang baru.


p/s: Sila cuba di blog test (masukkan widget2 tambahan dan upload template) dulu sebelum buat di blog yang betul. Baca Bismillah sebelum nak buat. ehehe..


Ihsan:muncet


Thursday, January 28, 2010

ORANG YANG PERTAMA


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :Mus'ab bin Umair RA
30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW

Wednesday, January 27, 2010

Tips Nuffnang


Buat duit dengan Nuffnang adalah antara satu perkara yang susah untuk dibuat tapi tidak mustahil. Ramai yang tanya tips dan tak kurang juga yang bertanya mengenai tips serta cara membuat duit dengan nuffnang. Bidang blogging memerlukan sedikit minat menulis. Tanpa minat menulis, blog pun tidak terupdate.

Mengenai nuffnang, didapati adalah memang sukar untuk kita menjana duit yang banyak dari nuffnang jikalau traffik yang masuk ke blog kita teramat rendah. Kalau setakat 100 ke 200 pelawat unik sehari, ia masih tidak mencukupi untuk menjana pendapatan dari Nuffnang. anda perlukan lebih dari itu. Lagi banyak lagi bagus. Ini kerana Nuffnang memberi pendapatan dari 2 cara.

Pertama adalah melalui klik. Kalauanda mempunyai status Gliterati, anda akan dapat RM0.25 untuk satu klik. kalau tidak, anda hanya akan dapat RM0.15 untuk satu klik. Kedua adalah melalui kempen-kempen yang diberikan oleh syarikat Nuffnang. ia adalah secara automatik. Kalau anda melihat bahagian earning dalam ruangan admin Nuffnang anda ada tulis Buffered Earning, itu petandanya ada pengiklan telah memilih blog anda untuk mengiklan produk mereka. Jumlah keseluruhan kempen diketahui apabila anda melihat Metered Earning.

Untuk mendapat kempen anda perlukan traffik yang tinggi. Sebab sudah pasti pengiklan akan mencari blog yang mempunyai traffik yang tinggi. Kalau rendah peluang untuk mendapat kempen adalah kemungkinan tiada. Jikalau melihat pada trend, banyak blog menulis mengenai artis seperti Cerita Gossip Artis, tak kira pelakon penyanyi, cerita pasal Erra Fazira la, pasal Hans Isaac tengah cari pasangan hidup la, Nur Kasih dan macam macam lagi. Traffik untuk blog sedemikian memang mencanak tinggi.

Walaubagaimanapun ada blog-blog yang tidak berunsurkan gossip semata-mata juga menerima traffik yang tinggi. Jadi persoalan di sini bagaimana hendak meningkatkan traffik ke blog anda?
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By BrO © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox