Wednesday, January 27, 2010

Tips Nuffnang


Buat duit dengan Nuffnang adalah antara satu perkara yang susah untuk dibuat tapi tidak mustahil. Ramai yang tanya tips dan tak kurang juga yang bertanya mengenai tips serta cara membuat duit dengan nuffnang. Bidang blogging memerlukan sedikit minat menulis. Tanpa minat menulis, blog pun tidak terupdate.

Mengenai nuffnang, didapati adalah memang sukar untuk kita menjana duit yang banyak dari nuffnang jikalau traffik yang masuk ke blog kita teramat rendah. Kalau setakat 100 ke 200 pelawat unik sehari, ia masih tidak mencukupi untuk menjana pendapatan dari Nuffnang. anda perlukan lebih dari itu. Lagi banyak lagi bagus. Ini kerana Nuffnang memberi pendapatan dari 2 cara.

Pertama adalah melalui klik. Kalauanda mempunyai status Gliterati, anda akan dapat RM0.25 untuk satu klik. kalau tidak, anda hanya akan dapat RM0.15 untuk satu klik. Kedua adalah melalui kempen-kempen yang diberikan oleh syarikat Nuffnang. ia adalah secara automatik. Kalau anda melihat bahagian earning dalam ruangan admin Nuffnang anda ada tulis Buffered Earning, itu petandanya ada pengiklan telah memilih blog anda untuk mengiklan produk mereka. Jumlah keseluruhan kempen diketahui apabila anda melihat Metered Earning.

Untuk mendapat kempen anda perlukan traffik yang tinggi. Sebab sudah pasti pengiklan akan mencari blog yang mempunyai traffik yang tinggi. Kalau rendah peluang untuk mendapat kempen adalah kemungkinan tiada. Jikalau melihat pada trend, banyak blog menulis mengenai artis seperti Cerita Gossip Artis, tak kira pelakon penyanyi, cerita pasal Erra Fazira la, pasal Hans Isaac tengah cari pasangan hidup la, Nur Kasih dan macam macam lagi. Traffik untuk blog sedemikian memang mencanak tinggi.

Walaubagaimanapun ada blog-blog yang tidak berunsurkan gossip semata-mata juga menerima traffik yang tinggi. Jadi persoalan di sini bagaimana hendak meningkatkan traffik ke blog anda?

1 Komen:

Anonymous said...

http://zapsz.blogspot.com/search/label/MediaFire

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By Loft Real Eestate | Modified By BrO © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox